CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 13, 2009

Hiberfil.sys dan Pagefil.sys...??

Pernahkah anda tertanya, kenape drive C: nampak kecil, sedangkan file semuanya di drive lain? Mungkin juga anda tertanya, kenape Hiberfil.sys dan Pagefil.sys ni sangat besar pada drive C:? Apakah fungsi mereka?

Hiberfil.sys ini adalah file sementara ketika Windows XP sedang hibernate (atau idle). Ia wujud untuk menangkap gambaran system sebelum proses hibernate. Biasenye file ni sebesar 400Mb - 1.5 Gb .

Manakala Pagefil.sys ni pula adalah file sementara (Virtual Memory) Windows XP ketika ia sedang beraksi. Ini ‘kononnya’ dapat mempercepat lagi Windows anda. Lazimnya saiz file ini adalah 500Mb - 3 Gb.

Sebelum apa-apa, biar saya terangkan kenape file-file macam ni tak patut ada.

  1. Membebankan hard disk anda kerana saiznya besar
  2. Lambat untuk buka ‘My Computer’ atau ‘My Document’
  3. Hard disk anda akan cepat ‘kong’
  4. Space atau ruang ini dapat digunakan untuk file lain

Cara Nak Lupuskan atau Kurangkan Hiberfil.sys dan Pagefil.sys

Hiberfil.sys - Untuk Hibernasi

  1. Buka ‘Windows Control Panel’
  2. Double-klik pada ‘Power Options’
  3. Klik tab ‘Hibernate’, hilangkan tanda di kotak ‘Enable Hibernate Support’, kemudian klik ‘Apply’
  4. Restart komputer anda dan hiberfil.sys akan hilang secara automatik

Pagefil.sys - Untuk Virtual Memori

Jika anda mempunyai RAM yang besar, anda boleh menghilangkan file tersebut atau kurangkan saiznya

  1. Klik ‘Start’
  2. Klik kanan pada ‘My Computer’
  3. Klik ‘Properties’
  4. Klik tab ‘Advanced’
  5. Klik ‘Settings’ di bawah ‘Performance’
  6. Klik tab ‘Advanced’ kemudian ‘Change’
  7. Tukarlah mengikut kehendak anda.

Jika anda tidak berpuas hati dengan performance komputer anda, sila ulangi langkah-langkah yg disebutkan di atas.
Nota : Jangan main delete je Hiberfil.sys dan Pagefil.sys, nanti Windows XP jadi bengong.

FAQ : Apa jadi kalau saya lupuskan kedua file di atas? - Hiberfil.sys, bagus kerana ‘Hibernate’ tidak begitu digalakkan. Lebih baik anda log off atau shut down ketika anda keluar makan tengah hari. Jimat elektrik. Pagefil.sys, komputer anda akan perlahan sedikit, tetapi anda akan berpuas hati kerana hard disk anda boleh digunakan lebih lama.

0 comments: