CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 13, 2009

BUKAK FOLDER TANPA VIRUS

Cara paling mudah (dan paling popular) untuk menyebarkan virus adalah melalui USB drive, terutamanya di kolej dan universiti di mana pelajar menggunakan USB drive untuk menyalin segala macam fail. Bagi yang berhati-hati, mereka akan memeriksa dahulu USB drive tersebut dengan menggunakan anti-virus. aku bukan orang yag leceh. Biasanya aku tidak memeriksa USB drive ini dengan antivirus. komputer aku jarang r dijangkiti virus atau malware kerana aku mempraktikkan beberapa amalan berikut:

Tunjukkan fail tersembunyi dalam Windows

aku ada menulis tentang langkah-langkah untuk menunjukkan fail tersembunyi. Walaupun mungkin nampak agak bersepah setelah anda menunjukkan fail-fail tersebut, namun ianya penting supaya anda akan cepat perasan jika terdapat apa-apa virus atau malware yang mencurigakan.

Jangan gunakan autorun

Apabila ada cucuk pen drive pada komputer, autorun akan dimainkan untuk membuka pen drive secara automatik. Jangan gunakan autorun ini, kerana biasanya Virus mengeksploitasi cara ini untuk melancarkan dirinya. Anda juga boleh terus matikan fungsi autorun ini dalam Windows XP.

Gunakan Windows + E untuk buka folder

Buka Windows Explorer dengan menekan Windows + E. Jika anda ingin membuka mana-mana drive, gunakan navigasi di sebelah kiri. Double-click/left-click/left-click serta Open/Explore pada drive kini sudah tidak selamat lagi kerana selalu digunakan untuk melancarkan virus dan malware.

Amalkan ketiga-ketiga cara ini bagi gaya hidup komputer yang sihat. Jangan lupa pasang antivirus ya.

0 comments: