CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 13, 2009

BUKAK FOLDER TANPA VIRUS

Cara paling mudah (dan paling popular) untuk menyebarkan virus adalah melalui USB drive, terutamanya di kolej dan universiti di mana pelajar menggunakan USB drive untuk menyalin segala macam fail. Bagi yang berhati-hati, mereka akan memeriksa dahulu USB drive tersebut dengan menggunakan anti-virus. aku bukan orang yag leceh. Biasanya aku tidak memeriksa USB drive ini dengan antivirus. komputer aku jarang r dijangkiti virus atau malware kerana aku mempraktikkan beberapa amalan berikut:

Tunjukkan fail tersembunyi dalam Windows

aku ada menulis tentang langkah-langkah untuk menunjukkan fail tersembunyi. Walaupun mungkin nampak agak bersepah setelah anda menunjukkan fail-fail tersebut, namun ianya penting supaya anda akan cepat perasan jika terdapat apa-apa virus atau malware yang mencurigakan.

Jangan gunakan autorun

Apabila ada cucuk pen drive pada komputer, autorun akan dimainkan untuk membuka pen drive secara automatik. Jangan gunakan autorun ini, kerana biasanya Virus mengeksploitasi cara ini untuk melancarkan dirinya. Anda juga boleh terus matikan fungsi autorun ini dalam Windows XP.

Gunakan Windows + E untuk buka folder

Buka Windows Explorer dengan menekan Windows + E. Jika anda ingin membuka mana-mana drive, gunakan navigasi di sebelah kiri. Double-click/left-click/left-click serta Open/Explore pada drive kini sudah tidak selamat lagi kerana selalu digunakan untuk melancarkan virus dan malware.

Amalkan ketiga-ketiga cara ini bagi gaya hidup komputer yang sihat. Jangan lupa pasang antivirus ya.

CARA FORMAT PC

Format hard disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:

  • Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
  • Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.

Artikel pada kali ini akan mengajar anda cara-cara untuk format hard disk dan install Windows XP ke dalamnya, langkah demi langkah. (Nota: artikel ini dipenuhi dengan gambar rajah, jadi ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan). Jika anda ingin cetak artikel ini, download fail pdf ini. Ok, mari kita mula:

Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM

Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.

Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:

(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)

  1. Hidupkan komputer anda.
  2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
  3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.
    boot sequence
  4. Pilih Boot Sequence.
    boot sequence
  5. Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.
    boot sequence
  6. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.

Format Hard Disk

  1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej "Press any key to boot from CD…". Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.
    boot sequence
  2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, "Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver". Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas hard disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke Langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada hard disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)
    install Windows XP
  3. "Welcome to Setup" dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
    install Windows XP
  4. Jika anda menemui skrin "Setup did not find any hard disk" ini, besar kemungkinan anda menggunakan hard disk SATA. Kembali kepada Langkah 2, atau ikuti langkah ini.
    windows-no-hard-disk
  5. "Windows XP Licensing Agreement". Tekan F8 untuk teruskan.
    install Windows XP
  6. Sekiranya hard hisk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.
    install Windows XP
  7. Sekiranya hard disk anda:
    • masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
    • tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
  8. Buat satu partition dengan menekan butang C.
    install Windows XP
  9. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  10. Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.
    install Windows XP
  11. Tekan butang C untuk setuju.
    install Windows XP
  12. Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  13. Tekan butang F untuk format Hard Disk.
    install Windows XP
  14. Setup akan mula format hard disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.
    install Windows XP

Install Windows XP

  1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.
    install Windows XP
  3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.
    install Windows XP
  4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.
    install Windows XP
  5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
    install Windows XP
  6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
    install Windows XP
  7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.
    install Windows XP
  8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.

Mula Menggunakan Windows XP

  1. Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.
    install-window-22
  2. "Welcome to Microsoft Windows" dipaparkan. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  3. Pilih "Not right now" dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.
    install Windows XP
  4. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Skip.
    install Windows XP
  5. Pilih "No, not at this time" supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.
    install-window-27
  6. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.
    install Windows XP
  7. Klik pada butang Finish.
    install Windows XP
  8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
    install Windows XP

Hiberfil.sys dan Pagefil.sys...??

Pernahkah anda tertanya, kenape drive C: nampak kecil, sedangkan file semuanya di drive lain? Mungkin juga anda tertanya, kenape Hiberfil.sys dan Pagefil.sys ni sangat besar pada drive C:? Apakah fungsi mereka?

Hiberfil.sys ini adalah file sementara ketika Windows XP sedang hibernate (atau idle). Ia wujud untuk menangkap gambaran system sebelum proses hibernate. Biasenye file ni sebesar 400Mb - 1.5 Gb .

Manakala Pagefil.sys ni pula adalah file sementara (Virtual Memory) Windows XP ketika ia sedang beraksi. Ini ‘kononnya’ dapat mempercepat lagi Windows anda. Lazimnya saiz file ini adalah 500Mb - 3 Gb.

Sebelum apa-apa, biar saya terangkan kenape file-file macam ni tak patut ada.

  1. Membebankan hard disk anda kerana saiznya besar
  2. Lambat untuk buka ‘My Computer’ atau ‘My Document’
  3. Hard disk anda akan cepat ‘kong’
  4. Space atau ruang ini dapat digunakan untuk file lain

Cara Nak Lupuskan atau Kurangkan Hiberfil.sys dan Pagefil.sys

Hiberfil.sys - Untuk Hibernasi

  1. Buka ‘Windows Control Panel’
  2. Double-klik pada ‘Power Options’
  3. Klik tab ‘Hibernate’, hilangkan tanda di kotak ‘Enable Hibernate Support’, kemudian klik ‘Apply’
  4. Restart komputer anda dan hiberfil.sys akan hilang secara automatik

Pagefil.sys - Untuk Virtual Memori

Jika anda mempunyai RAM yang besar, anda boleh menghilangkan file tersebut atau kurangkan saiznya

  1. Klik ‘Start’
  2. Klik kanan pada ‘My Computer’
  3. Klik ‘Properties’
  4. Klik tab ‘Advanced’
  5. Klik ‘Settings’ di bawah ‘Performance’
  6. Klik tab ‘Advanced’ kemudian ‘Change’
  7. Tukarlah mengikut kehendak anda.

Jika anda tidak berpuas hati dengan performance komputer anda, sila ulangi langkah-langkah yg disebutkan di atas.
Nota : Jangan main delete je Hiberfil.sys dan Pagefil.sys, nanti Windows XP jadi bengong.

FAQ : Apa jadi kalau saya lupuskan kedua file di atas? - Hiberfil.sys, bagus kerana ‘Hibernate’ tidak begitu digalakkan. Lebih baik anda log off atau shut down ketika anda keluar makan tengah hari. Jimat elektrik. Pagefil.sys, komputer anda akan perlahan sedikit, tetapi anda akan berpuas hati kerana hard disk anda boleh digunakan lebih lama.

HIBERNATE PC...

Apakah kelebihan Hibernate?

Katakan anda buka pelbagai aplikasi dalam Windows; contohnya Microsoft Word, Firefox, Adobe Photoshop dan sebagainya. Dan anda tidak save lagi dokumen-dokumen dalam semua aplikasi tersebut. Apabila anda Hibernate komputer anda, ia akan terpadam, dan anda boleh menanggalkan plag eletrik. ON kan kembali PC anda, semua aplikasi tersebut masih terbuka, bersama semua dokumen yang anda belum save lagi tadi! Mudah kan. Proses ON kan semula PC juga lebih cepat jika anda Hibernate, berbanding dengan Shut Down.

Bagaimana Hibernate berfungsi?

Dalam keadaan Hibernate, Windows akan terlebih dahulu menyimpan segala data anda ke dalam Hard Disk. Data ini kekal walaupun plag elektrik komputer ditanggalkan. Sebab itulah apabila anda ON kan semula PC, data tersebut masih ada. Berbeza dari mod Stand By, komputer hanya meletakkan data tersebut dalam RAM, dan data ini akan hilang sekiranya anda memutuskan bekalan elektrik.

Bagaimana Nak Hibernate PC?

Klik Start Menu > Turn Off Computer. Pada paparan window yang keluar, tekan Shift dan butang Stand By akan bertukar kepada Hibernate.

Anda juga boleh menetapkan butang Sleep pada keyboard anda (saya sendiri menggunakan cara ini). Ikuti langkah-langkah inidalam Windows XP:

  • Right-click pada Desktop dan pilih Properties.
  • Pada Display Properties, pilih tab Screen Saver.
  • Pada bahagian Monitor Power, klik pada butang Power.
  • Pada Power Options Properties, perhatikan bahagian Power buttons. Pada pilihan “When I press the sleep button on my computer:”, pilih Hibernate dari drop-down menu tersebut.
  • Klik pada butang OK.

Nota: Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan fungsi Hibernate ini tak elok untuk PC. Sebenarnya, semua yang berjalan dalam PC anda pun akan memendekkan jangka hayat Hard Disk, bukan Hibernate je. Jadi terpulang kepada anda samada nak guna fungsi Hibernate ni atau tidak. Dahulu, saya kerap menggunakannya kerana PC saya dipasang 24 jam, jadi fungsi Hibernate ni membantu menjimatkan elektrik dan mempercepatkan proses ON komputer. Tapi oleh kerana sekarang ni saya dah bekerja, dan hanya menggunakan PC di rumah tu pada waktu malam, saya Shut Down macam biasa je la.

MEMBUAT PARTITION LAIN

Kebanyakan hard disk yang dijual sekarang adalah bersaiz besar, paling kurang pun 160GB. Bila anda dah pasang hard disk ni ke dalam komputer, seelok-eloknya bahagi-bahagikanlah ia kepada beberapa partition. Partition ni apa ye? Kalau anda tengok dalam My Computer ada C:, D:, E: dan sebagainya, itulah partition.

Jika dalam hard disk anda masih ada ruang kosong, anda boleh buat partition baru dengan mudah tanpa menggunakan sebarang software tambahan. Hanya perlu menggunakan Computer Management yang sudah sedia ada dalam Windows. Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Right-click pada My Computer dan pilih Manage. Computer Management akan dibuka.
  2. Pada bahagian sebelah kiri, pilih Disk Management.
  3. Pada bahagian sebelah kanan, right-click pada partition yang kosong (Unallocated) dan pilih New Partition.
    new-partition-02
  4. Klik Next pada paparan “Welcome to the New Partition Wizard”.
  5. Primary partition atau Extended partition? Jika anda tak pasti nak pilih yang mana, terus klik Next.
    new-partition-03
  6. Tetapkan saiz partition anda dalam MB. Sebagai contoh, saya memasukkan angka 40000 yang bersamaan dengan 40 GB. Klik Next.
    new-partition-04
  7. Biarkan pilihan seperti biasa (Assign the following drive letter) dan klik Next.
    new-partition-05
  8. Biarkan pilihan seperti biasa (Format this partition with following settings) dan klik Next.
    new-partition-06
  9. Klik Finish dan proses format partition akan bermula.
    new-partition-07

Tunggu sehingga proses format berakhir dan anda sudah boleh mula menggunakan partition baru tersebut.

FIREFOX HANG

Firefox hang nih seperti (freezing) atau tiada respond.
*hang prob nih tak termasuk Firefox yg dah crash tau(yg tu kena install lain la jawabnya).

Banyak jenis Firefox hang nih, nih aku bg sikit ciri-ciri Firefox hang dan tips nak selesaikan masalah hang nih(Firefox hang yg agk popular yg sekalu terjadi kat pengguna Firefox). Ok jom layan zaaas


Hang ketika 1st window loading
Firefox hang sekejap ketika loading utk 1st browser window yg mungkin sekali berpunca dari "hyper-threading". Hyper-threading dicipta utk meningkatkan performance pc(terdapat sesetengah Intel Pentium 4 processors), atau juga mungkin kerana Firefox tu sendiri yg penyebabkan hang.If cpu korang menggunakan Intel Pentium 4 processor dan korang menggunakan Windows 2000 dan XP, korang boleh disable hyper-threading utk Firefox:

Tips:
Right-click shortcut icon Firefox ->Properties ->Compatibility ->(Run program nih dlm compatibility mode) ->(contoh window 200) ->OK ->Restart Firefox.


Hang ketika loading di setiap window

SwitchProxy Tool extension akan checks utk updates setiap kali korang open new window(termasuklah tiap kali Ctrl T). Jika korang menggunakan SwitchProxy Tool, korang boleh disable.

Tips:
langkah pertama
-Menu Bar(ats sekali kat Firefox) korang cari Tools menu ->Add-ons ->Extensions ->SwitchProxy Tool ->Click Disable.

langkah kedua
-Menu bar(ats sekali kat Firefox) korang cari File Firefox ->Exit Quit Firefox Quit menu item dan Restart



Hang ketika download files atau images menggunakan Firefox Downloader
Ia akan jadi bila korang tak buang download history yg menyebabkan downloader berat dan akan hang:

Tips:
-Menu bar(ats sekali kat firefox) Tools ->Clear Private Data ->Deselect all(kecuali Download History) ->Clear Private Data.



Hang ketika open History menu atau History sidebar
Firefox mungkin sekali hang bila kita tekan button "Go menu", "History sidebar", atau apa saja button(penyebabnya kerana terlalu byk browsing dan berat).

Tips:
-Menu bar(ats sekali kat firefox) Tools ->Clear Private Data ->Deselect all(kecuali Browsing History) -> Clear Private Data

Dan utk memastikan menda nih tak terjadi lg, korang leh wat cmni

Tips:
-Menu bar(ats sekali kat firefox) Tools ->Options ->Privacy.
Masukkan no yg tak lebih dari 99 hari(akan mengekalkan setting selama mana korang letakkan hari). Click ok dan close.


Hang ketika loading websites
Automatic proxy configuration file
Kalau korang pakai automatic proxy configuration file (PAC), Firefox akan hang ketika percubaan nak lari dari load sites yg terbuka sendiri dan site yg tak dikenali atau site yg kosong.

Tips:
-Menu bar(ats sekali kat firefox) Tools ->Options ->Advanced ->Network ->Settings.
Jika Automatic proxy configuration, URL akan dipilih. Jgn disable setting nih, Click Cancel.

FIREFOX TRICK

-More sreen space. Membuat icon menjadi kecik. Pergi ke View->Toolbars->Customize dan check “Use small icons” box.

-Smart keywords. Right-click kat search box, pilih “Add a Keyword for this search”, berikan nama keyword yg mudah ditaip dan mudah diingat contohnya "serverdown" dan korang save. Bila korang nak lakukan tinkosong search, pergi ke Firefox’s address bar, taip “serverdown” dan press return.

-Keyboard shortcuts. Korang leh browsing dengan cepat kalau korang hafal keyword nih..tak payah nak terhegeh click sana sini:
* Spacebar (page down)
* Shift-Spacebar (page up)
* Ctrl+F (find)
* Alt-N (find next)
* Ctrl+D (bookmark page)
* Ctrl+T (new tab)
* Ctrl+K (go to search box)
* Ctrl+z (go back)
* Ctrl+L (go to address bar)
* Ctrl+= (increase text size)
* Ctrl+- (decrease text size)
* Ctrl-W (close tab)
* F5 (reload)
* Alt-Home (go to home page)

-Auto-complete. Ni lg satu keyboard shortcut, tapi tak sama macam keyboard shortcut aku bg td: Pegi ke address bar(Control-L) dan type site yg korang nak pergi tanpa “www” atau “.com”. Contoh “google”. pastu (Control-Enter), dan secara auto nya akan menjumpai “www” dan “.com” .net addresse(Shift-Enter), dan untuk .org address tekan (Control-Shift-Enter).

-Tab navigation. Walaupun menggunakan mouse untuk memilih tabs yg berlainan korang juga leh gunakan keyboard:
* Ctrl+Tab (rotate forward among tabs)
* Ctrl+Shft+Tab (rotate to the previous tab)
* Ctrl+1-9 (choose a number to jump to a specific tab)

-Mouse shortcuts. Korang wajib hafal kalau nak master lam penggunaan Firefox:
* Middle click on link (opens in new tab)
* Shift-scroll down (previous page)
* Shift-scroll up (next page)
* Ctrl-scroll up (decrease text size)
* Ctrl-scroll down (increase text size)
* Middle click on a tab (closes tab)

-Delete items dari address bar history. Untuk nyahkan sebarang URLs )
Pergi address bar(Ctrl-L), taip address, dan drop doen menu akan muncul bersama URLs pages yg korang layari. gunakan down-arrow untuk menunjukkan address yg korang nak delete, dan korang delete ja.

-Add keyword untuk bookmark. Untuk ke bookmarks dengan lebih cepat dengan hanya menggunakan keywords.
Right-click bookmark dan pilih Properties. Letakkan keyword kat keyword field, save dan sekarang korang taip keywrd tu kat address bar dan ia akan terus bookmark tersebut.

CARA DOWNLOAD DARI MEGAUPLOAD

1.Install Megaupload SX.3.2 FireFox Plugin

https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/downloads/file/12491/megaupload_sx.3.2-3.2-fx.xpi

2.Restart Firefox


3.Install MegaUpload Bundle Share

http://userscripts.org/scripts/source/10420.user.js

4.Pegi ke menu tools >> Megaupload 3 >> Pilih Enabled


masukkan kod kat dalam kotak tu(contoh kod mcm lam gambar EXB)...tggu link download sekejap...


pastu click je la kat link yg free kat bawah tu...

CARA MEMBUAT FAVLCON


korang penah tengok ni kan.???ni la FavIcon..ok..yang ni plak cara nak wat FavIcon..yang ni senang ja..macam biasa..korang Download Full Template or korang save kat notepad atau mana² tempat untuk keselamatan backup korang.. ok..jom kita mulakan..yang FavIcon ni senang sangat..




memula korangke Edit HTML pastu korang cari head then korang letakkan kod korang macam kat gambar atas nih..



korang leh ganti apapun link untuk FavIcon korang selagi berformat jpg atau gif k




dia akan jadi macam ni..

CARA UNTUK BUANG NAVBAR

1. Layout >> Edit HTML.
2. Copy kod kat bawah dan masukkan kat bawah kod head

#navbar-iframe {
display: none !important;
}

3. contoh

-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name: blogspot
Designer: blogspot
URL: http://www.blogspot.com
Date: Januari 2009
----------------------------------------------- */

#navbar-iframe {
display: none !important;
}

/* Variable definitions
====================

ok siap..

UPGRADE KELAJUAN FIREFOX






langkah pertama korang taipkan "about:config" kat URL bar dan enter pastu korang "click kat I'll be careful, I promise!".Dengan ini ia akan membawa korang kat parameters menu dimana korang leh ubah parameter Firefox korang seperti gambar di atas.

Cari kod yg aku bg seperti di bawah kat parameter dan ubah seperti di bawah nih.Hanya double click kat code tersebut dan ubah value seperti dibawah..

Kod:
network.http.pipelining- true.
network.http.pipelining.maxrequests - set 100
network.http.proxy.pipelining - true
network.dns.disableIPv6 - true

Pastu ikut yang dibawah pula

*Masukkan perkataan berwarna oren
Right-click>> new>> Boolean
masukkan "content.interrupt.parsing" >> ok >> true

Right-click >> new >> integer
masukkan "content.max.tokenizing.time" >> ok >> 2250000 >> ok

Right-click >> new >> integer -
masukkan "content.notify.interval" >> ok >> 750000 >> ok

Right-click >> new >> Boolean -
masukkan "content.notify.ontimer" >> ok >> true >> ok

Right-click >> new >> integer -
masukkan "content.notify.backoffcount" >> ok >> 5 >> ok

Right-click >> new >> integer -
maukkan "content.switch.threshold" >> ok >> 750000 >> ok

Right-click >> new >> integer -
masukkan "nglayout.initialpaint.delay" >> ok >> 0 >> ok

mandi-manda

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Wallahualam